
SANTAI IMAGINASI :Irsyad punyai Stesen LRT ?
Hebat! Al Irsyad sekarang. Mempunyai sebuah stesen LRT. Kini, pelajar-pelajarnya bukan sahaja boleh naiki kereta,bas,motosikal bahkan LRT pun boleh. Lihat gambar di atas. Kerusi-kerusi untuk pelajar menunggu LRT . Macam stesen LRT di Kuala Lumpur!.
Oppps! Maaf. Sekadar gurauan sahaja. Sebenarnya, kerusi di atas adalah sumbangan Tabung Haji Kuantan untuk kemudahan pelajar Al Irsyad menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah. Ianya diletakkan di sebelah surau. Sekali pandang, semacam Stesen LRT .
Bayangkan 30 tahun mendatang, barangkali ianya menjadi kenyataan. Mari kita pakat tunggu ! Apapun, Terima kasih TH atas sumbangan ini.
















